Thursday, November 12, 2009

Pengumuman







Kursus Asas Komputer & Rangkaian FT17 Bil 4 & 5








Sukacita dimaklumkan SICT, JPN Sabah akan menganjurkan kursus Asas Komputer & Rangkaian untuk Juruteknik Komputer FT17 Bil 4 & 5 pada 8 hingga 11 November 2009. Kehadiran Kursus Adalah Wajib kepada Juruteknik yang terpilih. SIla muat turun surat kursus pada perkara berikut.


_________________________________________________________________________________






Kursus Asas Komputer & Rangkaian FT17 Bil 2 & 3








Sukacita dimaklumkan SICT, JPN Sabah akan menganjurkan kursus Asas Komputer & Rangkaian untuk Juruteknik Komputer FT17 pada 1 hingga 4 November 2009. Kehadiran Kursus Adalah Wajib kepada Juruteknik yang terpilih. SIla muat turun surat kursus pada perkara berikut.


_________________________________________________________________________________






Rancangan Khas Siaran Langsung Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)








Sukacita Dimaklumkan Rancangan Khas Siaran Langsung Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di TV 1 Setiap Hari Sabtu Jam 11.05 Minit Pagi, bertujuan memberi maklumat terkini tentang aktiviti pendidikan disamping memberi panduan dan nasihat kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum. Siaran langsung ini boleh di tonton sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sila hubungi talian 03-20923757 untuk soal jawab secara interaktif dengan panel.


_________________________________________________________________________________






Pelawaan Menyertai Third International Conference On Science And Mathematics Education (Cosmed) 2009 Pada 10 Hingga 12 November 2009








Untuk makluman lanjut sila hubungi pihak Dr. Cheah Ui Hock di talian 04-6583266 atau email uhcheah@recsam.edu.my atau layari laman web http://www.recsam.edu.my/cosmed.



_________________________________________________________________________________






Kemaskini Rekod Peribadi HRMIS








Adalah Dimaklumkan Kepada Semua Warga Kakitangan Ibupejabat Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Agar Dapat Mengemaskini Rekod Peribadi Masing-masing di Sistem Hrmis melalui capaian berikut https://hrmis.eghrmis.gov.my/ Sebarang pertanyaan mengenai sistem ini, sila rujuk di meja bantuan HRMIS .


_________________________________________________________________________________

Wednesday, November 11, 2009

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN
Banyak komponen penting perlu difikirkan dalam penyusunan suatu lanskap, baik tersusun secara alami atau buatan. Dalam hal ini tanaman hiasan memiliki peranan sebagai penyusun lanskap. Tanaman hiasan sentiasa digemari kerana memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Bentuknya yang cantik dan mempesona dapat memberi kesan eksklusif sebagai "penyeri" anjung rumah atau sebagai elemen keindahan taman. Terdapat pelbagai tanaman hiasan yang sering menjadi pilihan. Tidak hanya mencantikan taman, tanaman hiasan juga mampu meningkatkan kualiti pemandangan. Secara umunya, tanaman lanskap, baik pada skala yang besar ataupun kecil penyusunan dan pemilihan tanaman hiasan akan mempengaruhi nilai estetika suatu taman. Suatu taman perlu mempunyai tema dan tanaman perlulah selaras dengan tanaman hiasan yang hendak di tanam, Jadi untuk memulakan proses penanaman yang berkesan perlulah mempunyai pengetahuan yang baik tentang bagaimana cara untuk memperolehi kesan pertumbuhan yang diharapkan. Terdapat berberapa perkara penting yang diperlukan dalam proses menanam iaitu: